Image

Sebuah Anugerah Terunggul

Anugerah Ikon Pesara adalah sebuah penganugerahan peringkat perdana buat pertama kalinya di Malaysia yang ditubuhkan khas bagi mengiktiraf dan menghargai pesara perkhidmatan awam yang telah memberi impak positif dalam bidang Pendidikan, Sosial dan Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan. Dengan mengenal pasti individu cemerlang yang telah memainkan peranan yang bermakna dalam persaraan mereka, Anugerah Ikon Pesara menjadi sumber inspirasi dan ilham kepada warga pesara akan pentingnya untuk kekal aktif dan positif di alam persaraan.

Kategori Anugerah

Pendidikan

Anugerah ini dianugerahkan kepada pesara yang terlibat dalam meningkatkan proses pembelajaran dan yang telah membuka akses pendidikan bagi masyarakat yang kurang bernasib baik.

Lihat Kriteria Pemilihan

Sosial dan Pembangunan Komuniti

Anugerah ini dianugerahkan kepada pesara yang telah menyumbang dalam penyediaan bantuan kepada komuniti terpinggir dan dalam meningkatkan kesedaran sosial di peringkat negeri hingga ke antarabangsa.

Lihat Kriteria Pemilihan

Keusahawanan

Anugerah ini dianugerahkan kepada pesara yang mempamerkan kemahiran keusahawanan yang cemerlang melalui perniagaan dan pada masa yang sama mewujudkan peluang pekerjaan.

Lihat Kriteria Pemilihan

Syarat-Syarat Pencalonan

  1. Warga Malaysia berumur 55 tahun dan ke atas.

  2. Telah bersara daripada perkhidmatan awam persekutuan, negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan. Tidak termasuk pesara angkatan tentera Malaysia (Veteran ATM). Pesara hendaklah yang sedang menerima pencen bulanan daripada Kerajaan.

  3. Menyumbang secara aktif kepada masyarakat dan telah memberi impak yang besar disamping menunjukkan amalan yang berjaya di bidang masing-masing selepas bersara.

  4. Calon belum pernah menerima sebarang anugerah atau penghargaan di peringkat kebangsaan dan / atau antarabangsa diatas sumbangannya.

  5. Pencalonan untuk diri sendiri tidak akan diterima atau dipertimbangkan. Hanya calon yang disyorkan secara bertulis oleh penama dan disokong dengan dokumentasi yang berkaitan akan dipertimbangkan.

Proses Penamaan Calon

Image

Pencalonan Sudah Ditutup

Tarikh Akhir Penghantaran:
SEBELUM ATAU PADA
23 OGOS 2019, 3 PM
Majlis Penyampaian Anugerah:
Pemenang-pemenang* anugerah akan dihubungi dan upacara penyampaian anugerah akan diadakan semasa Karnival Rasa Sayang pada 5 Oktober 2019.

*Keputusan panel juri adalah muktamad.
  1. 1

    Pastikan kelayakan calon anda

    Kesemua calon harus memenuhi kriteria pencalonan seperti yang dinyatakan diatas. 

    Semak Kriteria Pencalonan
  2. 2

    Isi Borang Penamaan Calon

    Muat turun Borang Penamaan Calon dan isi borang tersebut. Kumpulkan dan sertakan semua dokumen sokongan seperti gambar, video, sijil dan lain lain.

    Muat Turun Borang
  3. 3

    Serahkan Dokumen yang Lengkap

    Serahkan dokumen pencalonan yang lengkap melalui emel ke anugerahpesara@kwap.gov.my

      Salinan fizikal borang pencalonan serta dokumen sokongan yang lengkap boleh ditujukan kepada Sekretariat Anugerah Ikon Pesara dan dihantar ke alamat yang berikut:
    • Jabatan Strategi Korporat & Prestasi
      Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
      Aras 36, Integra Tower, The Intermark
      348, Jalan Tun Razak
      50400, Kuala Lumpur, Malaysia.

      Atau
    • Jabatan Perkhidmatan Persaraan
      Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
      Aras 11, Skytech Tower 2
      Jalan Teknokrat 2, Cyber 4
      63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia.

      Atau
    • Bahagian Pasca Perkhidmatan,
      Jabatan Perkhidmatan Awam,
      Aras 5, Blok C2, Komplex C,
      Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
      62510 Putrajaya.

    Sebarang maklumat yang dikemukakan akan dianggap sebagai maklumat sulit dan tidak akan digunakan untuk tujuan lain selain dari Anugerah Ikon Pesara melainkan jika dibenarkan di bawah mana-mana undang-undang Malaysia.

Kriteria Pemilihan

Calon akan dinilai berdasarkan bukti yang dilampirkan melalui kategori yang dipilih seperti yang dinyatakan di bawah. Dokumen yang berkaitan mesti dilampirkan untuk pemeriksaan dan pengesahan.

Kategori Pendidikan

Pembangunan kurikulum, sumber atau perkhidmatan untuk meningkatkan proses pembelajaran.

Penglibatan dalam meningkatkan aksesibiliti dan kualiti komuniti terpinggir.

Inovasi atau biasiswa yang telah mempengaruhi dan meningkatkan pembelajaran, pengajaran dan / atau pengalaman pelajar.

Pembangunan metodologi dalam pengajaran dan sokongan pembelajaran yang mempengaruhi, memberi motivasi dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk belajar.

Sumbangan penting dalam bidang pendidikan sepanjang tempoh sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum penamaan untuk anugerah.

Kategori Sosial dan Pembangunan Komuniti

Meningkatkan kesedaran sosial di peringkat negara / serantau / antarabangsa.

Sumbangan yang memberi kesan kepada Agensi-Agensi Kerajaan, Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), kumpulan komuniti atau organisasi.

Sumbangan penting kepada penyediaan bantuan, sumber, latihan atau perkhidmatan kepada komuniti yang bermasalah atau / dan kurang berkemampuan.

Sumbangan penting dalam khidmat masyarakat sepanjang tempoh sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum penamaan untuk anugerah.

Kategori Keusahawanan

Mempamerkan semangat dan kemahiran keusahawanan yang cemerlang.

Mewujudkan perniagaan yang mampan dan mempunyai pendekatan strategik bagi memastikan daya majunya.

Penyertaan dan sumbangan ke arah pembangunan ekonomi di peringkat setempat / negeri / serantau / antarabangsa.

Penghasilan peluang pekerjaan di kalangan masyarakat setempat melalui usaha keusahawanan.

Kejayaan besar dalam keusahawanan dalam tempoh sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum penamaan untuk anugerah.

Hubungi Kami

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan penjelasan lanjut mengenai pencalonan Anugerah Ikon Pesara, sila hubungi kami.

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)

Pejabat Utama
Aras 36, Integra Tower,
The Intermark,
348, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur,
Malaysia

Jabatan Perkhidmatan Persaraan
Aras 2, Skytech Tower 2,
MKN Embassy Techzone,
Jalan Teknokrat 2, Cyber 4
63000 Cyberjaya, Selangor,
Malaysia

anugerahpesara@kwap.gov.my
+603–2174 8000